Follower Nazterjah

11 Mac 2011

Home » » Artis Berstatus Janda Buat Hal ? [Gosip Artis]

Artis Berstatus Janda Buat Hal ? [Gosip Artis]


Sunyi, atau terlampau banyak masa lapang, artis berstatus janda ini cuba mengoda tunangan orang pula. Kalau disebut nama, budak-budak pun kenal. Walaupun artis ini sering menjadi mangsa keadaan, tetapi lain ceritanya apabila kali ini dia pula menjadi pemangsa. Aha, macam karnivor gitu.

Tunangnya sering menerima mesej-mesej yang mengoda seperti ‘I miss you’, dan etc, etc. Bukan itu sahaja, artis ini juga menghantar gambar-gambar flying kiss, kononnya masih kekal meletup walaupun sudah beranak pinak.

Korek punya korek, rupanya ada kisah lampau di antara artis itu & tunangannya. Al-kisahnya, sewaktu artis itu masih memegang status belum berkahwin, mereka berdua pernah bergelar sepasang kekasih gelap. Namun, jodoh artis itu berakhir pada seorang lelaki lain.

Jodoh artis itu tidak panjang. Sebaik sahaja bercerai, artis itu menjadi rebutan ramai lelaki di luar sana. Pilihan artis itu memang banyak, petik sekali 10 mari. Tetapi, entah mengapa tunangan orang juga yang menjadi pujaan hati.Nak kata tunangan orang ini berstatus VIP, tidak juga. Tunangan orang ini datangnya daripada golongan kebiasaan sahaja.

Tidak dapat dipastikan apa motif artis berkenaan. Adakah sengaja mengacau tunangan orang kerana mahu ‘test market’? Atau, artis itu memang enjoice menganggu hubungan cinta orang lain.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails