Follower Nazterjah

11 Mac 2011

Home » Solat Jumaat Di Pusat Membeli Belah

Solat Jumaat Di Pusat Membeli Belah

KUALA LUMPUR – Semua kompleks beli-belah dan terminal pengangkutan awam di ibu negara dibenarkan memohon untuk mengadakan solat Jumaat di surau bagi menambah kemudahan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat tauliah menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan pertambahan kepadatan penduduk di ibu negara.

“Kita membayangkan bahawa apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, banyak kawasan akan dibangunkan yang menghimpunkan ramai pekerja di sesuatu tempat.

“Masjid As-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), contohnya, menerima puluhan ribu jemaah melebihi kapasiti meskipun telah dinaik taraf kepada 12,000 orang,” katanya.


P/S : Kat Johor dah lama buat.KL baru nak buat?Erm..Kalau kat Johor, Plaza Kotaraya memang dah lama buat..

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails