Follower Nazterjah

05 Februari 2011

Home » » Torres tekad gempur Liverpool

Torres tekad gempur Liverpool


MANCHESTER - Bintang baru Chelsea, Fernando Torres sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya bersama The Blues.

Jika tidak menghadapi sebarang masalah, penyerang antarabangsa Sepanyol itu dijangka diturunkan dalam kesebela- san utama Chelsea pada pertemuan menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge, malam esok.

Pertembungan antara Chelsea dengan Liverpool itu sudah pasti dianggap perla- wanan istimewa buat Torres yang mana dia bakal berdepan dengan bekas kelab- nya.

Torres dibawa masuk ke Stamford Bridge dari Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta (RM245.5 juta) pada hari terakhir musim perpindahan pemain, Isnin lalu.

"Ia seperti sudah ditakdirkan apabila saya akan turun berdepan bekas kelab saya sendiri.

"Sekiranya saya diberi peluang untuk diturunkan, saya akan memberikan persembahan terbaik saya bersama Chelsea dan diharapkan saya mampu menjaringkan gol juga," jelas Torres.

Sebagai rekod, Torres telah meledak lapan gol buat Liverpool ketika berdepan Chelsea termasuklah ketika The Reds mencatatkan kemenangan 2-0 pada November tahun lalu.

"Apabila saya beraksi menentang Chelsea sebelum ini, saya sentiasa bersema- ngat kerana ia merupakan perlawanan yang cukup istimewa. Ia merupakan perlawanan besar dalam setiap musim.

"Itu jugalah sebab utama mengapa saya berhijrah ke Chelsea kerana saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan itu.

"Sekiranya penyokong-penyokong Chelsea gembira apabila saya sudah tidak menjaringkan lagi gol setiap kali menen- tang mereka, ia merupakan perkara yang baik," kata Torres.

Bagaimanapun, individu yang bakal berdepan masalah sekiranya mahu menurunkan Torres pada pertemuan dengan Liverpool itu sudah pasti pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.

Ini kerana, bekas jurulatih AC Milan itu perlu membuat pilihan sama ada mahu mengetepikan Didier Drogba, Nicholas Anelka ataupun Salomon Kalou kerana prestasi ketiga-tiga pemain tersebut dilihat sangat konsisten sebelum ini.

2 ulasan:

Xan_hollow berkata...

abes arr t0rres pa nie.......liverp0ool's fan pakat kutuk arrr..........

Nazterjah berkata...

ala..torres dah lali sebelum ini..heheh

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails