Follower Nazterjah

11 Februari 2011

Home » Budak Bermain Dengan Anak Jerung?

Budak Bermain Dengan Anak Jerung?

BERANI, Enal bermain dengan seekor ikan
jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.

MANADO - Seorang jurugambar Britain, James Morgan merakamkan gambar seorang budak lelaki dikenali sebagai Enal bermain dengan anak ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Enal yang berketurunan Bajau Laut, menjadikan ikan jerung dan pelbagai spesies haiwan laut sebagai haiwan peliharaan.

Sejak berabad-abad lamanya, keturunan Bajau Laut menjadikan laut sebagai tempat tinggal mereka.

"Kanak-kanak dalam salah satu gambar saya ialah Enal dan ya, dia memelihara seekor ikan jerung," katanya.

Morgan, 24, yang merupakan bekas pelajar Universiti Sussex, Britain tinggal selama enam bulan dengan kaum Bajau Laut kerana dia mahu merakamkan kehidupan mereka yang unik. - Agensi

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails