Follower Nazterjah

17 Februari 2011

Home » » Bruno Mars Mengaku Ambil Kokain

Bruno Mars Mengaku Ambil Kokain


Bruno Mars, mengaku bersalah atas dakwaan pengambilan dadah jenis kokain di mahkamah Las Vegas, sebentar tadi. Penyanyi pop, yang berjaya merangkul Anugerah Grammy buat pertama kali Ahad lepas telah didenda USD 2000, 200 jam khidmat masyarakat di sebuah badan NGO dan kaunseling dadah selama 8 jam di Las Vegas.

Mars, atau nama sebenar Peter Hernandez tidak dikenakan hukuman penjara andai kata dia tidak membuat sebarang masalah dalam tempoh setahun, serta mengikut segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh mahkamah. Kalau tidak, Mars akan dipenjarakan dengan hukuman maksimum selama 4 tahun jikalau dia melanggar syarat-syarat perjanjian tersebut.

Dia didapati mempunyai 2.6gram kokain ketika ditahan di dalam sebuah tandas sejurus selepas persembahannya di sebuah hotel sekitar Las Vegas, September lepas.

Bruno Mars yang telah dicalonkan dalam 7 kategori Grammy Awards baru-baru ini akan melangsungkan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 10 April 2010. Penyanyi yang popular dengan lagu Just The Way You Are akan memulakan siri jelajahnya di Malaysia, negara Asia pertama selepas tamatnya siri konsert di kawasan Eropah.

Penutup cerita ini, jom kita layankan video Brono Mars ini.


Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails