Follower Nazterjah

09 Disember 2010

Home » Tips beli Laptop

Tips beli Laptop



Laptop sekarang menjadi pilihan ramai berbanding Desktop kerana ia laptop mudah dibawa kemana - mana dan ringan. Tetapi, ada juga pengguna gemar menggunakan Dekstop kerana ia lebih berkuasa dan tahan panas.

Sony Vaio

Ramai bertanya nazterjah mengenai kekeliruan semasa membeli laptop. Mereka kata model ini paling best, cantik lah tetapi nazterjah tanya satu soalan pada mereka ini iaitu 'korang nak beli laptop untuk apa?' Mereka menjawab 'untuk main internet dan buat kerja sedikit'. 'Barapa harga'? tanya nazterjah. Mereka jawab 'RM2500' aje.Itulah alasan yang selalu nazterjah dengar. Harga laptop jauh lebih mahal berbanding harga Desktop. Harga laptop sekarang paling minimum RM1500 Free Dos, dan no graffic card manakala Desktop RM1700 complate semuanya. Siap Flat Screen dan graffic card sekali disediakan.
Nazterjah ada bagi tips dan penerangan kepada anda.

Jenis graffic card bagi laptop

Apa guna graffic card ini?

Kadang - kadang ada yang masih blur mengenai ini.
Tanggapan mereka mengenai graffic card ini adalah gambar 'cantik', itu sahaja.
Sebenarnya, graffic card memain peranan besar pada sesuatu laptop.
Terdapat 2 jenis graffic card porpular di Malaysia iaitu ATI dan nVidia.

Apa itu Processor?

Juga dikenali sebagai prosesor atau mikropemproses CPU. CPU komputer yang bertanggung jawab untuk menangani semua arahan dan perhitungan yang diterima daripada bahagian-bahagian peranti keras lain dalam program komputer dan perisian yang berjalan pada komputer. Terdapat 2 jenis processor dipasaran iaitu Intel dan AMD. Kedua - dua processor ini merupakan nadi kepada komputer sekarang. Mana yang lagi bagus? Kedua - dua processor ini bagus tetapi ada yang murah dan ada yang mahal. Sebagai contoh processor Intel lebih mahal berbanding AMD kerana teknologi yang dilakukan oleh intel sangat kompleks manakala AMD juga tidak hebatnya. Ia setaraf dengan Intel tetapi ia murah. Intel sekarang semakin maju membuat processor ini dengan mengenalkan processor Intel Core, Intel Core 2 Duo, Intel Core i3, i5 dan i7 manakala AMD pula mengeluarkan processor AMD Phenom, AMD Phenom II, AMD Athlon II, AMD Athlon x2 Dual Core dan macam - macam lagi.


Mana Yang Terbaik?

Cadangan nazterjah adalah Intel Core i7 kerana ia sangat berkuasa dan amat pantas.
Jika mahu tahu kenapa Intel core i7 jadi pilihan, klik link ini jika mahu tahu spesifikasi processor ini. http://www.intel.com/products/processor/corei7/specifications.htm


Spesifikasi Laptop Gamer dan Laptop Basic.

Jika anda seorang yang suka bermain game komputer, nazterjah syorkan beli yang mempunyai graffic card keluaran ATI ataupun nVidia tetapi harganya lebih mahal berbanding tanpa graffic card. Jika pengguna menggunakan software seperti autocad, solidwork atau sebaliknya, perlu menggunakan graffic card ini.
Jika sekadar main internet dan menggunakan microsoft office sahaja, baik beli yang biasa sahaja kerana ia murah.

Pilihan Operation System (OS)



Operation system, semua orang tahu. Ada pelbagai OS dijual di Malaysia ini diantaranya Windows XP, WIndows Vista, Windows 7, Linux dan Ubuntu. Kebanyakkan laptop keluaran acer, compaq dan sebagainya menggunakan windows 7 sekarang dan jarang menggunakan Linux dan UBuntu. Linux dan Ubuntu ini terdapat hanya pada laptop keluaran Apple seperti Apple i-Mac. Apa istimewanya Linux dan Ubuntu ini adalah mengenai interface OS yang maju kehadapan dan mempunyai ciri - ciri yang tiada pada Windows. Kepada pengguna advance sahaja memahami pengoperasian Linux dan Ubuntu ini khasnya untuk pereka graffic design.
Bagi yang pengguna biasa sahaja, nazterjah sarankan menggunakan Windows 7 sahaja kerana ia mudah, OS ringan dan user friendly. Windows Xp bukan tidak bagus tetapi kita perlu maju kehadapan untuk menggunakan perisian yang baru. Windows 7 sudah boleh support semua software di pasaran berbanding dahulu.

Ok, itu sahajalah entry hari ini. Panjang lebar nazterjah terangkan. sampai 3 page pun tidak cukup rasanya. Jika anda kurang mahir mengenai komputer, entry ini boleh dijadikan sebagai rujukkan. Apa - apa masalah, boleh tanya pada nazterjah di komen box ini.


6 ulasan:

iffanursima berkata...

bagus2,,mantap isi nya,,i like!

Nazterjah berkata...

hehehe...jadikan ia sebagai panduan ye

Cik Liyana berkata...

nice info!

Nazterjah berkata...

thanks cik liyana..info berguna untuk semua

syazana amira berkata...

info yang baik, thnx 4 sharing :)

Nazterjah berkata...

ur welcome misz nana

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails