Follower Nazterjah

10 Disember 2010

Home » Segmen : TERIMA KASIH

Segmen : TERIMA KASIH


Ada segmen lagi...best ni..Nazterjah tak melepaskan peluang ni..Segmen ini dibuat oleh Ben Ashaari iaitu blogger yang terkenal. Kalau tak kenal, tak tahu den nak cakap. Hehehe.. Segmen kali ini memang mudah. Mudah sesangat tapi ape2 pon nazterjah ingin mencuba segmen ni.


Peristiwa Terima Kasih

Bercerita mengenai Terima Kasih ini, memang nazterjah tidak dapat lupakan sampai sekarang iaitu peristiwa tayar kereta nazterjah pecah di tengah Highway Ayer Hitam, Johor. Masa itu, nazterjah on the way ke Kuala Lumpur. Tengah pecut 120km/j, Tang!!!! nazterjah terpinga - pinga bunyi apa tu? Kawan nazterjah, si Pian kata, 'Bunyi batu 2..'

Saat Tukar Tayar Spare

Nazterjah bawak lah macam biasa siap potong sebiji lori lagi..Tetiba melayang - layang kereta ni..Berhenti tepi jalan, rupanya tayar pecah dah..Si Pian ni mahu tolong nazterjah tukarkan tayar spare..Nazterjah berterima Kasih sangat sebab bantu nazterjah ni. Time tu cuma ada Pian, Diarishira dan Bakal Mak mertua...hehe.
Tapi Peristiwa itu, nazterjah ingat sampai sekarang. TERIMA KASIH Pian!!!!

Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?

Bagaimana? Senang je.. Kita perlu ingat kepada sesiapa yang telah membantu kita. Kalau kita buat tak tahu aje, xelok lah. Penat lelah org itu bantu kita perlu kita hargai. Sikap tolong - menolong kan dan ucap Terima Kasih kan budaya kita.


Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?


Ucapan ini nazterjah terima semasa membantu masalah komputer kawan nazterjah.
Nazterjah charge free aje.
Niat nak tolong, apa salahnya kan.
Time tu, kawan nazterjah ni, ucap terima kasih sangat sebab dapat bantu menyelesaikan masalah komputer dia. Alhamdulillah, janji masalah beliau dapat diselesaikan.

Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?

Terlupa ucap terima kasih hari ini memang xdelah. Dulu tu maybe ada.
Nazterjah baru teringat yang nazterjah lupa nak sebut terima kasih kat kawan ni, namenya ahpek sebab dia banyak bantu nazterjah dalam hal IT ni. Tunjuk ajar dia memang banyak tak terkata lah.. Kalau ahpek ni membaca entry ini.. TERIMA KASIH YE....

P/S : Ni segmen Ben Ashaari tau

4 ulasan:

Misz-ella berkata...

Tima kaseh Naz. I love the sentence lah. Hehe ..

Nazterjah berkata...

heheh..thanks kakchik@ella

Adam berkata...

Syukurlah sume ok2 kan. :)

shira yanwizan berkata...

xckp mekasih pn kt org yg tlg pygkan bakal mak mertue abg 2,, huhu =P

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails