Follower Nazterjah

15 Disember 2010

Home » Madah Pengantin Dengan Nazterjah?

Madah Pengantin Dengan Nazterjah?

Lama nazterjah meninggalkan blog ni. Tiga hari nazterjah menyepikan diri. Maaf kepada semua followers - followers nazterjah yang ada menjengah blog ini. Nazterjah sibuk sejak kebelakangan ini sebab sibuk membuat persiapan perkahwinan. Perkahwinan?
Ye, nazterjah bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan iaitu pada bulan march 2011.
Persiapan nazterjah dah hampir siap 60%, dan perlu standby apa yang patut di beli lagi. Nazterjah akan umumkan bila tarikh sebenar tarikh perkahwinan dalam masa terdekat nanti kepada korang semua. Kepada yang duduk di area Johor, kedatangan anda sangat dialukan.huhuhu..

Gambar sekadar Hiasan

Ok, nazterjah nak minta tolong kepada korang semua, ada sesiapa yang kreatif buat ayat bermadah pada Kad Perkahwinan? Jika sesiapa yang ada dan ayat tersebut kreatif dan juga lain dari yang lain,nazterjah akan pilih madah tersebut dan akan diletakkan pada kad jemputan nazterjah nanti. Pemenang tersebut akan dapat makan bersama nazterjah di Meja VIP nanti.hahaha..Walaupun hadiah dia tidak seberapa, madah tersebut akan terpahat pada kad jemputan dengan hasil kreatif anda sendiri.
Tarikh Tutup pada 31/12/2010.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails