Follower Nazterjah

30 Disember 2010

Home » Malaysia Takluk Asia Tenggara

Malaysia Takluk Asia Tenggara



Semalam 29/12/2010 merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia kerana skuad bloa sepak kita menjuarai kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Penantian selama 14 tahun akhirnya tercapai jua akhirnya.
Pada pandangan nazterjah, skuad Malaysia kali ini lebih baik berbanding dahulu.
Corak permainan amat berbeza sejak kita mengalami kekalahan 1-5 kepada Indonesia. Semangat sepasukan yang ditunjukkan amat tinggi.


Benteng pertahanan amat kebal berbanding dahulu. Cuma kesilapan sedikit yang dilakukan oleh Mohd Sabre yang menjaringkan gol sendiri.
Wira kita iaitu Safee Sali dan penjaga gol muda kita iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang membawa kemenangan kepada Malaysia dan menutup segala provokasi yang ditimbulkan oleh penyokong Indonesia.

Safee Sali Ketika menjaringkan Goal

Kehebatan dua pemain ini dan dijuga dibantu oleh rakan sepasukan membuat Malaysia kembali digeruni di peringkat Asia Tenggara.
Gelagat Safee Sali

Ranking dunia nazterjah sudah tengok tetapi masih belum diupdate oleh FIFA. Meraka akan update Ranking dunia pada 12 Januari 2011 nanti. Nazterjah juga berharap, K.Rajagopal dapat mengekalkan skuad ini dan merancang untuk menguasai peringkat Asia dan seterusnya peringkat Dunia.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails