Follower Nazterjah

19 Oktober 2010

Home » Siapa Maher Zain Sebenarnya ?

Siapa Maher Zain Sebenarnya ?

Maher Zain, seorang lelaki muslim yang berbangsa Lebanon berhijrah ke Sweden pada berusia 8 tahun di mana beliau menuntut ilmu di sana. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti dan mendapat Ijazah dalam bidang Aeronautical Engineering.
Di masa remaja beliau, beliau banyak menghabiskan waktu malam beliau dengan menyanyi di seolah bersama rakan - rakan beliau dengan irama rap, menulis lagu dan menkaji aliran muzik terkini. Setelah terlibat dengan aliran muzik dan telah menjadi penerbit muzik, beliau telah bekerja dengan syarikat RedOne dan kemudian berpindah ke New York, Amerika Syarikat.
Pada Januari 2009, beliau mula membuat album dan menandatangani perjanjian dengan syarikat Awakening Records. Konsert pertama beliau adalah bermula di Bahrain dan ianya konsert percuma beliau lakukan.
Album pertama beliau ' Thank You ', telah mendapat rangking carta no 1 di Amazon World Music charts dan ke 9 dalam carta R & B. Pada Januari 2010 pula, lagu ' Ya Nabi Salam Alayka ' telah berjaya memenangi gelaran sebagai lagu terbaik agama pada tahun 2009 dalam pertandingan muzik yang diadakan oleh Nujoom FM ( stesen radio Mesir).
Video muzik terbaru beliau ' The Chosen One ' yang menceritakan mengenai kehidupan nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang berdasarkan keamanan yang dirakamkan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Maher Zain telah membawa aura baru kepada dunia muzik islam pada peringkat tertinggi.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails