Follower Nazterjah

20 Oktober 2010

Home » Man City Minat Dapatkan Rooney ?

Man City Minat Dapatkan Rooney ?

Kekecohan mengenai penyerang Man Utd, Wayne Rooney yang berselisih faham dengan pengurus Man Utd, Alex Ferguson semakin hangat diperkatakan. Terbaru, Man City berminat untuk mendapatkan penyerang tersebut dengan perpindahan termahal di dunia iaitu £50 juta (RM246.3 juta) ke atas Rooney dengan tambahan £50 juta (RM246.3 juta) bagi membayar gaji penyerang tersebut yang masih ada baki kontrak selama empat tahun lagi di United.
Man City juga sanggup menjadikan Rooney sebagai pemain yang menerima bayaran termahal dalam Liga Perdana England dengan gaji mencecah £250,000 (RM1.2 juta) seminggu atau £13 juta (RM64 juta) setahun.
Malah, Rooney yang semakin tidak gembira dengan kehidupannya di Old Trafford juga dikatakan bersedia menerima tawaran perpindahan paling kontroversi itu yang melibatkan dua kelab di Manchester. Beliau telah mengikut jejak langkah seperti David Beckham, Ruud Van Nistelrooy dan juga Owen untuk meninggalkan Man Utd akibat pertelingkahan dengan Alex Ferguson.
Mengapa perkara ini kerap berlaku pada Kelab ini?
Apa yang nazterjah boleh katakan, Wayne Rooney patut berhijrah ke kelab lain bagi mendapatkan pengalamn baru di kelab lain.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails