Follower Nazterjah

14 Februari 2011

Home » Shisha Boleh Menyebabkan Tibi?

Shisha Boleh Menyebabkan Tibi?

Tabiat Shisha

Semalam Buliten TV3 ada menyiarkan bahaya shisha. Korang tahu kan Shisha ini macam mana rupanya. Seakan rokok tetapi ia menggunakan paip yang diisi air. Bau dia memang wangi seperti bau buah - buahan.
Shisha ini berasal dari negara arab. So, orang arab lah yang bawak benda ni ke Malaysia.
Nazterjah akui pernah menghisap shisha ini dahulu sebab ingin mencuba.
Memang best dikatakan kerana banyak asap yang keluar dari mulut.
Masa tu nazterjah tinggal di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur memang ramai menjual shisha ini berbanding di Johor.
Harga lingkungan RM10 ke atas.
Dah lama tinggal shisha ini, tiba - tiba terdengar berita yang mengatakan ia bahaya dan boleh menyebabkan Tibi?
Biar Benar?

Shisa Mempunyai Pelbagai Jenis

Setahu nazterjah dulu, ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan paru - paru berair sahaja.
Tak tahu plak ia boleh menyebabkan penyakit tibi.
Tapi bila dingatkan balik, ada betul gak kerana paip tu dikongsi bersama oleh orang lain.
Bukan tibi sahaja, Hipertatis A atau B pun boleh tau.
Lagi satu info, hisap shisha seumpama kita menghisap rokok sebanyak 50 batang sekali gus.
Fuh, menakutkan je dengar kan?
So, nazterjah pon dah ucapkan selamat tinggal kepada shisha.
Yang lain macam mana lak?

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails