Follower Nazterjah

13 Februari 2011

Home » » Sekadar Mahu Teman Seks

Sekadar Mahu Teman Seks


KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.

Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.

Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Gaya hidup bebas dan tidak bermoral ini didedahkan kepada Metro Ahad (MA) daripada sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Aliza, 26, dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Aliza, dia tinggal serumah dengan Anis, 32, janda berasal dari Sabah yang memilih teman seks untuk memenuhi tuntutan batin.

Katanya, teman asmara Anis dikenali sebagai Rizal, kakitangan swasta yang tinggal di selatan tanah air, dan mereka bertemu seminggu hingga dua minggu dalam tempoh tertentu untuk bersama.

“Anis pernah beritahu saya, dia serik dengan kegagalan dalam perkahwinannya sebelum ini. Sebab itu apabila berkenalan dengan Rizal, dia tidak mahu berkahwin dan lebih senang dengan cara hidup sekarang.

Untuk berita lanjut, sila layari di harian metro Link

P/S : Ada jugak orang macam ni ye..

5 ulasan:

saya_arief berkata...

terok betol..

Nazterjah berkata...

mmg terik..baru sekali kawin xberjaya,mcm 2 plak pilihan hidup dia..bengong btl..

White Bird berkata...

umat akhir zaman.

Layyinul Harir berkata...

inilah org yg pikiran pendek.

Nazterjah berkata...

jgn hidup kerana nafsu..ia merugikan anda...

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails