Follower Nazterjah

16 Februari 2011

Home » » Di Paksa Minum Racun

Di Paksa Minum Racun

KAJANG – Perasaan cemas seorang warga emas apabila menantunya enggan membuka pintu bilik walaupun berkali-kali diketuk terjawab apabila wanita itu ditemui dalam keadaan nazak bersama dua anaknya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.17 malam itu, M. Viyhasini, 30, yang didakwa mempunyai masalah mental ditemui terbaring di sisi mayat dua anak perempuannya selepas dipercayai minum racun.

Sebelum Viyhasini cuba membunuh diri, dia dipercayai terlebih dahulu memberikan susu bercampur racun kepada dua anak perempuannya iaitu Rashmeka, 4, dan Neehareka Laxmi, 1.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob (gambar) berkata, semasa kejadian suami Viyhasini, S. Sivarajah, 33, tiada di rumah kerana bekerja di sebuah kedai gunting rambut.

“Ibu mertua Viyhasini menghubungi Sivarajah selepas menantunya enggan membuka pintu bilik,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam.

Menurut beliau, Sivarajah yang sampai ke rumah terus menggunakan kunci pendua masuk ke bilik isterinya.

Namun, semuanya sudah terlambat apabila kedua-dua anaknya itu ditemui dalam keadaan mulut mereka sudah berbuih manakala isterinya pula tidak sedarkan diri.

Azman memberitahu, Sivarajah kemudian menghantar isteri dan dua anaknya ke Hospital Pakar An Nur di sini.

“Doktor yang memeriksa dua beradik itu mengesahkan mereka telah meninggal dunia dipercayai akibat minum racun.

“Viyhasini pula dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Hospital Serdang,” kata beliau.

Difahamkan, Viyhasini menghadapi masalah mental sejak beberapa tahun lalu.

Dia didakwa kerap berkelakuan ganjil dan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails