Semalam adalah merupakan perlawanan Super Sunday antara Chelsea VS Liverpool.
Perlawanan semalam adalah perlawanan yang menarik kerana bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres beraksi untuk skuad Chelsea.
Torres cuba menjaringkan goal tetapi tersasar
Persembahan Torres semalam amat mendukacitakan kerana kerap terlepas bola kerana dikawal ketat oleh pertahanan Liverpool. Skuad The Red membariskan pertahanan sebanyak 5 orang untuk mengekang serangan Liverpool.
Formasi 5-4-1 menjadi kepada skuad Liverpool dan manakala formasi 4-3-2-1 yang dimainkan oleh skuad Chelsea tidak menjadi.
Drogba juga disekat oleh pertahanan Liverpool
Apa yang nazterjah lihat, bahagian tengah Chelsea amat longgar dan Frank Lampard kerap melakukan kesilapan. Anelka banyak memberi bantuan kepada skuad The Blues ini tetapi benteng pertahanan Liverpool amat kebal. Jaring Meireles pada minit ke 68 memusnahkan impian Chelsea untuk mengejar Man Utd dipuncak liga. Walau apa pun, perlawanan semalam memang dramatik. Nazterjah sendiri menonton perlawanan malam semalam. Memang menarik walaupun kalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan