Follower Nazterjah

25 Julai 2010

Home » 10 Tips Jimatkan Bajet Perkahwinan

10 Tips Jimatkan Bajet Perkahwinan



Setiap bakal pengantin mengimpikan majlis yang indah. Mungkin ada juga yang ingin glamour seperti selebriti tapi sudahnya menanggung hutang dan sengsara diri. Seorang kaunselor pernah memberitahu ada pasangan yang bercerai tapi hutang perkahwinan tak selesai lagi. Hai, bagaimana tu? Mungkin juga masalah kewangan menyebabkan penceraian pasangan? Banyak selebriti yang majlisnya grand yang amat tapi setelah setahun dua- bercerai! Entahlah...susah nak cakap kan.

Tapi, yang pasti setiap yang ingin berkahwin pasti ingin perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat. Kalau boleh sampai bertemu di Syurga nanti. Jadi rancanglah bajet perkahwinan kamu mengikut kemampuan kamu. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak munasabah! Kehidupan kita selepas berkahwin lebih penting. Tatkala itu tak ada siapa pun yang tahu dan nak bantu dalam soal kewangan. Biarlah ketika majlis mu berlangsung mereka kata macam-macam
@bising asalkan selepas berkahwin kamu happy.

Mari kita berkongsi tips untuk jimatkan wang dalam kerja kahwin ni!
  1. Tetapkan jumlah tetamu supaya kamu dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik.Yalah secara lojiknya kalau tak tahu jumlah tetamu bagaimana nak buat anggaran hidangan makanan, doorgift, kad kahwin dll kan?
  2. Hantaran dan hiasan pelamin pada masa kini sering menggunakan bunga segar sebagai gubahan. So why not guna bunga plastik saja kerana kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Malah selepas majlis pon kamu masih boleh menggunakannya untuk hiasan kediaman. TAk gitu?
  3. Buat tempahan perkhidmatan (jurugambar, catering, kad dan etc) sewaktu promosi. Biasanya diskaun hebat diberikan ketika promosi atau pameran pengantin dijalankan!
  4. Majlis akad nikah dan persandingan dalam satu hari! (Misalnya akad nikah jam 10pagi dan kenduri pada 12 tgh hari pada hari yang sama- boleh jimat catering!). Sekiranya anda membuat pada hari yang berasingan, hadkan jumlah tetamu pada majlis akad nikah, sebaliknya, jemput rakan taulan anda pada majlis persandingan kecuali BFF anda lah!)
  5. Tidak menempah kad jemputan yang mahal melampau.@takbole Boleh juga menggunakan saluran lain seperti telefon, email, sms atau melalui laman sosial seperti Facebook, twitter dsb.
  6. Menjemput band atau team kugiran mungkin memerlukan extra kos. Anda boleh berjimat dengan memasang cd-cd lagu.
  7. @star Mungkin ramai yang tidak tahu salah satu cara yang selamat untuk mengawal perbelanjaan anda adalah dengan membuka satu akaun khas untuk perbelanjaan kerja kahwin saja. Jadi ini dapat memastikan yang anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda!
  8. Jadi orang yang kreatif untuk mengubah sendiri barangan hantaran anda, menghias kamar beradu anda dll. Adakalanya buat sendiri DIY lebih jauh menjimatkan wang anda dan pastinya memberi kepuasan sebenar. Yeah!
  9. Buat survey dan tanya kawan-kawan tentang vendor-vendor yang murah tetapi servis mantap!
  10. Jika ada peraduan pakej berbulan madu misalnya cubalah sertainya mana tahu rezeki anda dapat hadiah pakej perkahwinan yang ditaja sepenuhnya macam peraduan Gerbang Perkahwinan oleh Utusan Malaysia! Aihh rugi pula rasa tak join dulu... Hehehe...
Cukuplah dulu 10 tips untuk dikongsi bersama. Tips-tips di atas itu tak perlu anda ikut sepenuhnya. bergantung kepada kehendak diri anda, keperluan, bajet dan citarasa. Itu semua hanya berdasarkan opini saya dan juga pembacaan saya. Kalau anda ada tips lain yang boleh dikongsi bersama, jangan segan-segan boleh letak komen diruang yang disediakan untuk manfaat bersama!

P/S : Tip ni memang berguna..thanks kepada zainur kerana bagi tip ni...

5 ulasan:

Pena Crystal berkata...

waahh...gud tips.naz da nak kawen ke?jgn lupa jemput eh,ahaks.=p

Nazterjah berkata...

nak kawin la arra...
mesti jemput nye..
klau hadir ag bgs..hehehhe

ahPEKMC berkata...

Hehehe..Kena betul2 buat budjet nas tapi orang johor gak kira okay la..nasib baik aku dah kawen..:)

shira yanwizan berkata...

huuu terase,,, xnak shopping2 da,,,,

Nazterjah berkata...

ahpekmc- ye ke ok??hahha....org jhr bajet tinggi woo..
shira-nape terasa?
kan tips tue..
nak jimatkan kos..heheheh

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails