Follower Nazterjah

10 Mac 2011

Home » Beckham Dan Anak - Anaknya

Beckham Dan Anak - Anaknya

Anak ayah, sempat bermain bersama

Bila sebut nama David Beckham, semua orang akan terbayang gaya sepakkan percuma beliau yang cukup berbisa itu. Seorang personaliti bola sepak terkenal dunia malah paling kaya tetapi dengan gaya low profile nya dia disanjung. Sebab itu orang respect dengan beliau. Tak sombong malah mesra dengan peminatnya.
Beckham, 36 tahun sekarang beraksi di Liga MSL Amerika Syarikat bersama skuad LA Galaxy setelah berhijrah dari kelab Real Madrid. Walaupun kesibukkan dalam karier beliau, anak - anak beliau tidak dilupakan. Anak beckham iaitu Brooklyn, 12, Romeo, 8, dan Cruz, 6, merupakan permata yang akan diasah oleh Beckham.


Beckham, 35, memakai pakaian lengkap LA Galaxy, namun di sebalik menyokong pasukan terbaru bapa mereka, anak bongsunya memilih untuk memakai jersi pencabar kelab Inggeris.Cruz menyarung jersi putih dan biru Tottenham Hotspur, pasukan yang menyaksikan Beckham menjalani latihan bersama-sama di England, baru-baru ini.



Datuk Beckham, Joseph adalah peminat setia Spurs dan keluarga Beckham menabur abunya di segenap padang di White Hart Lane dalam satu upacara selepas kematiannya pada 2009.Sekalipun dia menjadi bintang utama buat Manchester United bagi hampir keseluruhan kariernya, Beckham sering bercakap perkara yang baik saja mengenai kelab London itu.
Bagus kan beckham ini.

2 ulasan:

| cik azeya | berkata...

comel je anak die

:)

Nazterjah berkata...

heheh...mcm cik azeya ke..haha..
mak dia comel, anak pon comel la

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails