Follower Nazterjah

11 Februari 2011

Home » » Yuna & Aizat Mendapat Undian Tertinggi ABPBH 2010 Setakat Ini?

Yuna & Aizat Mendapat Undian Tertinggi ABPBH 2010 Setakat Ini?


Sumber dalaman kami memang pandai pecah lubang. Setakat hari ini, kami dimaklumkan bahawa penyanyi Yuna & Aizat mendapat undian tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 untuk kategori masing-masing, iaitu Penyanyi Wanita Popular & Penyanyi Lelaki Popular.

Turut mengikut rapat untuk undian Penyanyi Lelaki Popular ialah Shahir pada tempat kedua, dan Faizal Tahir pada tempat ketiga. Nampaknya, peminat masing-masing harus terus mengundi selebriti kegemaran masing-masing untuk merangkul anugerah berprestij tersebut.


Kami difahamkan lagi, Lisa Surihani & Sam Shaheizy memegang kedudukan pertama dengan selesa untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular & Pelakon Filem Lelaki Popular. Namun kami ingatkan, undi mereka setiap hari, jangan melopong nanti.

Walau bagaimanapun, jumlah undian untuk keseluruhan masih kurang lebih separuh daripada tahun lepas. Kata sumber, ini gara-gara Datuk Siti Nurhaliza yang menarik diri daripada ABPBH 2010.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails