Follower Nazterjah

07 Februari 2011

Home » Soto Terbaik Di Johor Bahru

Soto Terbaik Di Johor Bahru

Restoran Mat Misai

Soto, Mee Soto memang makanan wajib ada kat Johor ni.
Pergilah area mana, mesti ada jual Soto.
Tak kiralah Soto Nasi Empit atau Mee Soto, ia tetap digelar Soto.
Nazterjah memang suka soto.

My Favorite Soto

Soto ini berasal dari Indonesia.
Maklumlah, kat Johor kan ramai orang Jawa.
Macam - macam makan yang mereka bawa ini ke tanah Johor.
Oklah, malas nak cite panjang, nazterjah pendekkan cerita ini.
Klau korang yang baru datang kat Johor ni, nak makan Soto yang sedap, Restoman Mat Misai lah jawapannya.

Diarishira Minat Giler Soto ni..

Kat sini macam - macam ada jual selain Soto.
Ada sup gear box, makanan kampung, ulam2 pon ada dan macam2 lagilah.
Nak cite satu persatu pon sampai esk tak habis.
Soto kat kedai ni memang dikategorikan 5 bintang lah sebab bahan - bahan dia memang cukup.

Nampak sedap tak?

Dengan ayam nye, taugeh, kuah yang pekat, likat...peh...terliur la.
Harga 1 mangkuk Soto ini adalah RM4. Agak murah lah tetapi memang puas hati.
Kepada yang hendak mencuba Soto ni, nazterjah ada sediakan alamat untuk ke sana.

Restoran Mat Misai
No.10, Jln Chendarawasih
Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru
Tel: 07 232 8192
(Berdekatan Terminal Bus Larkin)

P/S: Nazterjah nak tunjukkan kepada korang nanti tempat makanan yang best kat area Johor Bahru. Bakal menyusul nanti, nazterjah nak tunjukkan menu Mee Rebus + Tulang Kambing..Sedap.Pasti terangkat!!

2 ulasan:

NURNADHIRAH RAFIAH IDRUS berkata...

Ya Allah!! nape lah g tayang an soto!! my really fav food!!!
ade tak dia buat jualan on9 soto ni??

Nazterjah berkata...

Jualan on9?
hahaha..
mana ada cik oi..klau awk wat, sudah tentunya awk org pertama jual soto secara on9..

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails