Follower Nazterjah

02 Februari 2011

Home » » Remaja Pakistan cipta rekod

Remaja Pakistan cipta rekod

IBRAHIM SHAHID ditemuramahwartawan
agensi berita AFP di Sekolah Beacon House
di Islamabad, Pakistan semalam.


ISLAMABAD - Seorang pelajar lelaki di Pakistan telah memecahkan rekod dunia apabila dia memperoleh 23A dalam peperiksaan Cambridge O Level.

Remaja itu, Ibrahim Shahid, 17, anak kepada seorang profesor kejuruteraan elektrikal mendapat pendidikan di sekolah swasta Beacon House di Islamabad.

Ibrahim berjaya mencatat rekod kerana mendapat 23A dalam 24 mata pelajaran dalam peperiksaan Cambridge itu.

Dia mendapat 23A selepas memperoleh ihlam daripada kisah bapa bom atom Pakistan, Abdul Qadeer Khan yang diangkat menjadi hero negara.

Abdul Qadeer dikritik negara-negara Barat selepas dia mengaku menjual rahsia nuklear kepada Iran, Libya dan Korea Utara pada 2004.

"Ini satu pengiktirafan kepada negara saya. Ia belum pernah dilakukan di peringkat O Level," kata Ibrahim yang berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-gurunya.

Dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bidang apa yang hendak diikutinya di universiti.

Namun, dia mengaku meminati bidang fizik dan ekonomi selain mahu memberi sumbangan kepada negaranya yang mundur akibat kemiskinan.

"Saya kagum dengan Doktor Qadeer Khan. Saya mahu berkhidmat kepada negara. Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan," katanya.

Gurunya, Qurat-Ul-Ain menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai berita baik yang jarang berlaku.

Peperiksaan Cambridge 0 Level diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelejar berusia 14 dan 16 tahun.

Ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan ke universiti.

P/S : Kalau ada rakyat Malaysia dapat pecahkan rekod ni..peh..mantap beb..klau nazterjah..hehe..xle der..

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails