Follower Nazterjah

01 Februari 2011

Home » » Real Madrid Tewas

Real Madrid Tewas

Cristiano Ronaldo Kecewa atas kekalah 0-1 dengan Osasuna

MADRID - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho tetap tenang biarpun pasukannya tewas 0-1 kepada Osasuna awal pagi semalam tanpa mahu memberi alasan atau menyalahkan para pemainnya.

Kekalahan tersebut menyebabkan Real kini tercicir tujuh mata di belakang pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona.

Jaringan tunggal Osasuna menerusi Javier Camunas pada minit ke-62 memberikan kekalahan kedua buat Real musim ini dan mereka kini makin sukar untuk menghalang Barcelona mempertahankan kejuaraan.

"Saya tak boleh menyalahkan para pemain kerana mereka telah melakukan tugas masing-masing. Kami tak sepa- tutnya kehilangan tiga mata.

"Tetapi kami tewas kepada pasukan yang telah memberi- kan segalanya dan memiliki persiapan seminggu untuk perlawanan ini.

"Beberapa perlawanan lalu kami tidak dibolosi dan satu gol bolos bukanlah sesuatu yang dramatik kerana kami turut memiliki peluang untuk menja- ringkan gol.

"Pada babak pertama, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo memiliki peluang terbaik dan begitu juga pada babak kedua tetapi lawan bertahan dengan cukup baik," kata Mourinho.

Pada perlawanan itu juga, Mourinho memasukkan Emmanual Adebayor yang dipinjam daripada Manchester City sebagai pemain gantian tetapi dia gagal mendapatkan gol penyamaan buat Real.

"Saya lebih rela kalah seperti ini apabila lawan beraksi lebih baik berbanding kalah kerana kesilapan kita sendiri," jelas Mourinho.

Sementara itu, Pengarah Sukan Real, Jorge Valdano berkata, pasukan itu belum lagi mengalah untuk perebutan kejuaraan liga bersandarkan kemampuan mereka mengheret Barcelona sehingga perlawanan terakhir pada musim lalu.

"Ia memang satu keputusan yang teruk tetapi kami tidak akan mengalah dengan mudah. Liga belum berakhir, masih pada peringkat pertengahan. Ia hampir sama situasinya seperti musim lalu," kata Valdano. - AFP

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails