Follower Nazterjah

09 Februari 2011

Home » Malaysia 2 - 0 Hong Kong [Friendly]

Malaysia 2 - 0 Hong Kong [Friendly]

Perlawanan persahabatan antara Malaysia Vs Hong Kong menang cukup menarik malam tadi.
Perlawanan persahabatan itu berlangsung di Stadium Shah Alam dengan kesudahan Malaysia 2 - 0 Hong kong. Persembahan bertenaga yang ditunjukkan membawa hasil kemenangan berharga walaupon perlawanan persahabatan. Skuad bola sepak Hong Kong yang kini berada di ranking 143 dunia juga beraksi agak baik tetapi memberi kelebihan pada skuad malaysia.
Corak permainan memang laju dan serangan bertali arus memang menyeronokkan perlawanan malam tadi. Bermain dengan sistem one two adalah kunci pertama kejayaan skuad Malaysia ini.


Jaringan semalam dijaringkan oleh keptan Malaysia iaitu Shafiq rahim pada babak kedua manakala jaringan kedua dijaringkan oleh Asharudin pada minit terakhir. Penyerang utama negara, Mohd safee Sali juga beraksi dengan baik tetapi tiada goal dijaringkan. Pemain sayap Skuad Malaysia, S. Kunalan beraksi ditahap terbaik dan banyak memberi asist dan hampir menjaringkan goal tetapi bola yang dirembatnya terkena tiang goal. Persembahan seperti ini perlu diteruskan demi maruah bola sepak negara. Tahniah atas kemenangan malam tadi.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails