Follower Nazterjah

16 Februari 2011

Home » » Kereta Waja Milik Erry Putra Hilang

Kereta Waja Milik Erry Putra Hilang

Inilah Kereta Erry Putra yang hilang

Kereta Proton Waja warna hitam maroon milik pelakon Erry Putra, WNQ 4910 telah dicuri semalam ketika masyarakat Islam sibuk meraikan sambutan Maulidur Rasul. Kami difahamkan, ada orang yang nampak kelibat kereta tersebut telah dipandu oleh dua orang suspek berbangsa melayu & India di sekitar Selangor.
Erry Putra hanya menyedari kereta Waja miliknya hilang pagi semalam di kawasan Jalil Damai, Bukit Jalil apabila dia bersiap-siap untuk pergi ke lokasi lakonan.

Smart gak kereta dia ye

Kata Erry Putra, kawasan rumahnya boleh dikatakan ramai penjenayah ekoran banyak kes yang berlaku setiap minggu.
Kata Erry Putra, dia banyak mengubahsuai kereta kesayangannya yang digelarkan sebagai Waja Bumblebee. Walaupun tampak kecewa, Erry Putra akur & redha dengan kecurian tersebut, namun dia berharap agar orang di luar sana dapat memberikan maklumat mengenai kecurian kereta tersebut.

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails