Follower Nazterjah

14 Februari 2011

Home » » Kenapa Perangai Aidil Zafuan Sebegini?

Kenapa Perangai Aidil Zafuan Sebegini?

Bukan senang menjadi public figure, dimana-mana pun orang tetap kenal & ingin mengambil gambar bersama. Kalau jadi public figure, kena selalu maintain ramah & suka melayan peminat.

Menurut seorang penyokong Negeri Sembilan, dia berasa tersinggung dengan perangai Aidil Zafuan yang telah melarikan diri apabila diminta untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Al-kisahnya, kumpulan penyokong Negeri Sembilan ini baru sahaja selesai menonton perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Perak di Stadium Ipoh. Atas semangat kesukanan, mereka datang untuk menyokong Negeri Sembilan & sebab lain mereka ingin melihat kelibat Aidil Zafuan atas padang.

Sebagai penyokong tegar, mereka tetap menyokong team Negeri Sembilan walaupun mengalami kekalahan. Habis sahaja perlawanan, mereka terserempak dengan beberapa pemain Negeri Sembilan. Kerana teruja, penyokong N9 ini sanggup u-turn semula semata-mata untuk mengambil gambar dengan pemain N9.

Penyokong ini meminta secara baik untuk bergambar dengan pemain N9. Namun, apabila salah seorang daripada pemain menepuk bahu Aidil Zafuan, dia terus larikan diri. Kata penyokong, mereka sanggup datang daripada jauh, takkan sekeping gambar pun tak boleh kan?

Apabila melihat perangai kekwat Aidil Zafuan, dengan serta-merta kumpulan penyokong ini naik marah & meluat. Kata penyokong lagi, Aidil sepatutnya tahu untuk melayan peminat kerana dia merupakan public figure. Buat masa ini, penyokong N9 tersebut sudah pangkah sama Aidil & sedikit sebanyak tempias tersebut turut terkena kepada pemain yang lain.


P/S : Janganlah layan peminat macam ni..xbaik kan..

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails