Follower Nazterjah

13 Februari 2011

Home » Ancelotti Angkat Bendera?

Ancelotti Angkat Bendera?


LONDON – Carlo Ancelotti akhirnya mengangkat ‘bendera putih’ dalam misi Chelsea mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Pengurus The Blues itu berkata, kekalahan kepada Liverpool Ahad lepas telah menyaksikan mereka semakin ketinggalan jauh untuk mengejar kedudukan Manchester United, Arsenal dan Manchester City.

Kini, dia mahu pemain Chelsea memberi tumpuan terhadap saingan Liga Juara-Juara dan memastikan mereka layak ke kempen utama Eropah itu pada musim depan.

Ancelotti berkata: “Amat sukar bagi kami untuk mempercayai bahawa kami masih mampu bangkit dan bersaing dalam perebutan kejuaran ketika ini.

“Kami mesti berani berdepan realiti dan mengakui bahawa jurang mata sebegini amat sukar untuk dikejar.”

The Blues kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu United dengan baki 13 lagi perlawanan musim ini.

Malah mereka kini di tangga keempat mengatasi Spurs hasil daripada kelebihan dari segi perbezaan gol.

Ancelotti menambah: “Misi kami sangat jelas. Kami mesti fokus kepada Liga Juar-Juara dan Piala FA manakala dalam sainganliga, kami perlu menamatkan di kedudukan empat pasukan terbaik.

“Tempat keempat adalah yang paling minimum. Kami perlu bersaing dengan beberapa pasukan lain kerana langkah yang paling penting ialah mengekalkan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara.”

Ancelotti mengakui kekalahan di tangan Liverpool adalah amat mengejutkan kelab tersebut.

“Apa yang mengejutkan ialah kami mengalami kekalahan terlalu lama. Kini kami perlu guna masa kami dalam latihan dengan sistem baru.

“Matlamat kami ialah mencari jalan penyelesaian terbaik buat pemain yang ada dalam skuad ini.

“Didier Drogba dan Fernando Torres adalah dua penyerang yang hebat dan kami mesti cuba cari jalan untuk menggandingkan mereka berdua.” – Agensi


P/S : Oh man, rilex Ancelotti.. Adat permainan kan..

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails