Duit Duit..dimana kau duit...
Itulah yang bermain difikiran nazterjah dari tadi.
Hari ini merupakan peristiwa yang merugikan nazterjah sendiri..
Argghhh..nape benda ni boleh berlaku...
Sebenarnya macam ini, nazterjah ingin membeli barang pejabat dekat Tesco Tebrau, Johor Bahru. Sebelum ke Tesco Tebrau, nazterjah singgah ke Balai Polis Traffik Bandar Seri Alam untuk bayar saman tertunggak. Selepas selesai, nazterjah menuju ke Tesco Tebrau. Dah amik ape barang yang ingin dibeli, nazterjah ke kaunter untuk membayar. Total Barang semua lebih kurang Rm110. Boss nazterjah bagi kat nazterjah RM200. Apa yang melekakan nazterjah agaknya nazterjah boleh bagi semua duit tu tetapi xkan orang kat kaunter tu xperasan ada duit lebih pada dia. Kat resit tersebut menyatakan nazterjah bagi RM150 sahaja. Ahh..nazterjah perasan duit short ini kat pejabat.
Dah kena ganti balik duit yang short tu balik.
Apalah nasib nazterjah ni. Banyak sangat dugaan melanda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan