Belum pernah nazterjah bercerita seram - seram ini kat blog.
Selalunya nazterjah berkongsi cerita mengenai filem, software dan informasi sahaja.
Perkara ini sudah 2 kali berlaku tetapi bukan berlaku pada nazterjah tetapi berlaku pada akak nazterjah dan abg ipar nazterjah.
Mula - mula hairan jugak apabila mereka kata sebegini.
Baiklah, nazterjah cerita mengenai akak nazterjah dahulu.
Cerita ini kisah benar, bukan rekaan semata - mata.
Kisah Pertama
Kisahnya macam ini, ia berlaku pada akak nazterjah dahulu pada bulan disember 2010.
Masa tue dah pukul 2 pagi.
Nazterjah dah tidur masa tu.
Tiba - tiba... kring king...Handphone nazterjah berbunyi.
Nazterjah angkat tapi senyap je.
Nazterjah lihat kat handphone, akak nazterjah yang call.
Nape dia senyap plak.
Tiba - tiba plak, masej pun masuk plak.
Masej dia hantar sebegini,
"Eh, tadi masa aku g tandas, ko dok depan ke?" kata akak nazterjah dalam masej tu.
Nazterjah pon balas balik lah,
"Bila masa plak org kat luar, org tido lah..." balas nazterjah pada masej tu.
Akak nazterjah balas balik masej tu berbunyi begini,
"Aku nampak ko masuk bilik ko tadi..."
Dup dap dup dap jantung nazterjah kedengaran...
Tiba - tiba nazterjah dengar panggilan akak nazterjah.
Nazterjah pon keluar melihat keadaan.
Akak nazterjah tanya nazterjah depan - depan..
"Eh, ko xde kat depan ke tadi? Aku nampak ko masuk ke bilik pastu macam mengendap kat tepi pintu tu.." kata akak nazterjah
"Jangan main - main lah..orang tido tadi..." kata nazterjah
kiteorang check satu umah mana tahu ada penceroboh masuk umah tetapi sangkaan itu semua salah. Pintu semua terkunci rapi..
Pelik bin ajaib boleh dikatakan..
Apa benda sebenarnya tadi?
Tak berdiri plak segala bulu roma nazterjah meremang...
Pas2 kiteorang abaikan je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan