Follower Nazterjah

07 Disember 2010

Home » Cuti Tahunan Malaysia Paling Sedikit Di Dunia?

Cuti Tahunan Malaysia Paling Sedikit Di Dunia?

Tahukah anda, cuti tahunan di Malaysia adalah paling sedikit di dunia?
Mesti anda xpercaya bukan?
Ia realiti dan ia adalah sumber yang boleh dipercayai.
Di Malaysia, cuti tahunan / cuti kebangsaan adalah lingkungan 12-14 hari sahaja berbanding di negara lain. Nak tahu negara mana yang mempunyai cuti kebangsaan paling banyak?
Jawapan dia adalah Sri Lanka yang mempunyai cuti kebangsaan sebanyak 26 hari dalam setahun.
Wow, banyak tu..
Bagi sesiapa yang kerja di sektor kerajaan, ia adalah bonus kerana mereka mempunyai cuti tahunan yang sangat banyak.


Cuti Tahunan Di Seluruh Dunia


Bagi pekerja rendah sahaja, 15 hari diberikan untuk 1 tahun manakala yang bahagian sokongan sebanyak 20hari dan golongan profesyen adalah 25 hari keatas. Bagi sektor swasta seperti nazterjah kerja sekarang, hanya 8 hari sahaja diberikan dalam masa setahun.
Jika telah berkhidmat lebih dari 2 tahun, ia akan di tambah sebanyak 2 hari ke tahun seterusnya. Sedikit bukan?
Kenapa banyak jurang antara pekerja swasta dan kerajaan mengenai cuti ini?
Pandangan nazterjah, ia patut dinaikkan terutama sekali bagi sektor swasta sekurang kurang 15 hari setahun. Barulah produktivi sektor swasta akan meningkat. Jadi, pekerja swasta tidak terlalu stress berbanding sektor awam. Betul tak?

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails