
Permainan Tradisional sudah pupus? Itulah tajuk nazterjah pada hari ini.
Betul tak apa yang nazterjah katakan?
Dengan kemunculan permainan teknologi seperti PS2, PS3, PsP, XBox 360 dan macam - macam lagi membuatkan permainan tradisional semakin dipinggirkan masyarakat.

Lihat sahaja budak zaman sekarang berbanding dahulu, banyak perbezaan ditunjukkan.
Kanak - kanak yang dilahirkan era 80an adalah generasi terakhir yang dapat memainkan permainan tradisional ini.
Kanak - kanak yang dilahirkan pada era 90an dan seterusnya pula, mereka mula didedahkan permainan konsul yang berteknologi seperti Nintendo, PS 1 dan Sega.

Disini lah mulanya kepupusan permainan tradisional dihakis.
Cuba anda lepak diluar rumah, apa yang kanak - kanak kecil bermain?
Ada x permainan tradisional lagi?
Tentu tiada bukan?
Oklah, pendekkan cerita, nazterjah ada sediakan informasi permainan tradisional yang telah dimakan zaman.
1. Congkak

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". ( dulu nazterjah main asyik kalah aje..hehe)
2. Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil, atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. ( dulu main benda ni champion ma..hehhe)
3. Sepak Yem

4. Permainan Ceper ( Penutup Botol )
5. Belon Acah

Permainan ini dipanggil Belon acar (gelaran nazterjah berikan) tetapi tak pasti di tempat lain apa yang anda gelarkan. Permainan ini mudah sahaja. Ia dimainkan secara kumpulan dan selalu dimainkan di sekolah kerana ada tempat gelanggang badminton.
Kenapa nazterjah kata begitu?
Kerana permainan ini memerlukan 'line' atau garisan sebagai laluan.
Seseorang akan menjaga pergerakkan anda supaya tidak melepasi kubu yang pihak lawan jaga itu.
Permainan ni memerlukan kepantasan dan kecekapan mengelak daripada dicuit oleh pihak lawan. Jika dapat dicuit, maka orang itu akan kalah.
Bagaimana untuk menamatkan permainan ini?
Mudah sahaja, pihak yang menyerang perlu melepasi semua halangan sampai ke penghujung garisan. Jika dapat dilepasi, maka menang lah..
6. Permainan Ting Ting

Ia dinamakan permainan Ting Ting (dulu nazterjah pggl cak bo cak).
Permainan ini dimainkan dengan menyediakan buah penanda dan garisan dilantai yang berbentuk kotak. Garisan itu dibuat dengan menggunakan kapur tulis sahaja (ada ke kapur tulis zaman sekarang?). Permainan ini dimainkan secara individu sahaja.
Cara nak mainkannya?
Anda perlu balingkan batu/menanda ke atas kotak untuk menuju ke kotak tersebut.
Balingan tersebut tidak boleh terkeluar dari kotak tersebut.
Kotak tersebut digelar sebagai Tapak.
Tapak tersebut boleh dibeli tetapi anda perlu jalan 1 'round' baru boleh beli tapak.
Jika anda menguasai semua tapak, anda digelar juara.
Enam permainan tradisional yang nazterjah dapat postkan. Banyak lagi sebenarnya permainan tradisional yang nazterjah tak dapat postkan.
Nanti berjela plak post nazterjah ini..heheh..
Klau dapat sambutan atau komen menarik, nazterjah akan sambung ke part 2 selepas ini.
2 ulasan:
info yang terlalu menarik..:)
thanks carr...
Catat Ulasan