Follower Nazterjah

08 November 2010

Home » Jersi Malaysia Baharu Tapi Cara Permainan?

Jersi Malaysia Baharu Tapi Cara Permainan?

Salam semua,
Korang ada perasan Jersi Bola Sepak Malaysia yang Baharu?
Nampak simple je kan?
Tp ape nazterjah le kate, biar simple tetapi biar pihak lawan geruni, betul x?
Main bola bukan nak bergaya kat padang tetapi perlu menaikkan martabat bola sepak Malaysia yang kian merundum di pentas antarabangsa.Jersi Baharu Malaysia
Ranking? Jangan jadi ukuran.
Lihat Korea Utara / China ataupun Iran dah melakar nama di Piala Dunia walaupun tidak memenangi Kejuaraan tersebut tetapi semangat Kenegaraan mereka amat tinggi. Skuad negara perlu ada sikap sebegitu dan bukan main untuk duit sahaja.
Cuba kita bandingkan Bola Sepak Malaysia yang dahulu yang sezaman Allahyarham Mokhtar Dahari dan seangkatannya. Mereka bermain bermati - matian demi negara. Kemudahan dahulu tidak sama seperti sekarang tetapi kenapa skuad Malaysia sekarang bermain tidak seperti dahulu?
Apa masalahnya sekarang?
Jurulatihnya atau Pemainnya?
Nazterjah ingat lagi semasa Allan Harris menjadi jurulatih Malaysia.
Dari segi Teknikal memang bagus tetapi beliau dipecat sebab tidak menunjukkan keputusan yang bagus. Masalahnya Jurulatih main ke atau pemain yang main ni?
Itulah nazterjah heran mengenai bola sepak Malaysia.

Apa yang nazterjah nampak kelemahan pasukan Malaysia adalah :

- Keserasian pemain tiada.
- Hantaran bola tidak kemas.
- Kerap melambungkan bola terlalu tinggi sampai xle nak amik bola itu balik.
- Cara main one - two xde langsung.
- Finishing masih belum tajam.
- Kurang bijak membaca pergerakkan lawan.
- Cara permainan tidak pantas.
- Tiada skill dari pemain - pemain kebangsaan.
- Susunan formasi kurang tepat.
- Semangat lawan balik tiada jika ketinggalan jaringan goal.

Itu sahaja apa yang nazterjah nampak. Dari dahulu hingga sekarang, corak permainan sama sahaja. Nazterjah bukan hendak kutuk pasukan kebangsaan kita tetapi nazterjah berharap sangat pasukan kebangsaan bermain dengan baik. Kita banyak disajikan Liga EPL dan Liga Sepanyol tetapi kenapa kita tidak tiru gaya permianan seperti itu?

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails