Follower Nazterjah

23 Oktober 2010

Home » Spekulasi Rooney Terjawab

Spekulasi Rooney Terjawab


Minggu ini merupakan isu hangat penyerang Man Utd iaitu Wayne Rooney.
Penyerang sensasi Manchester United itu membuat kejutan apabila menandatangani kontrak baru selama lima tahun lagi.

"Saya berasa bangga untuk menandatangani perjanjian baru di United," kata Rooney dalam laman web rasmi kelab itu.

"Beberapa hari lalu, saya telah berjumpa dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka menasihati saya supaya membuat keputusan sebaik mungkin.

"Kini saya telah menandatangani perjanjian baru dan yakin sepenuhnya pihak pengurusan, barisan kejurulatihan, lembaga pengarah dan pemilik kelab.

"Saya akan memberi komitmen penuh untuk memastikan United terus mencipta sejarah. Itu adalah alasan utama kekal bersama kelab ini."

Rooney menambah: "Sepanjang minggu lalu, peminat United berasa kecewa dengan apa yang mereka baca dalam akhbar.

Sebelum ini, Rooney menuntut bayaran gaji sebanyak £200,000 (RM985,772) seminggu daripada United.

City pula yang berhasrat melamar Rooney sanggup menawarkan gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu kepada pemain itu.

Apa yang nazterjah fikirkan kenyataan diatas, Wayne Rooney seolah olah mencari publisiti murahan untuk menutup mata penyokong Man Utd mengenai prestasi beliau sekarang. Cuba anda fikirkan balik...

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails