Salam semua,
Hari ini nazterjah nak cerita mengenai kemalangan yang berlaku semalam iaitu 10.10.10.
Siapa yang patut dipersalahkan?
Pemandu atau Syarikat bas Express?
Bagi nazterjah, bukan salah pihak syarikat bas tetapi sikap pemandu sendiri.
Sikap tergesa2 hendak sempat sampai, last2 sampai ke tempat lain pula.
Mangsanya?
Penumpang dan pengguna lebuhraya yang tidak berdosa.
Semalam merupakan tragedi yang amat menyedihkan akibat insiden kemalangan ini.
Nazterjah sendiri terperanjat dengar mengenai berita ini.
Nazterjah dapat tahu dari rakan sekerja nazterjah yang mengatakan anak beliau menaiki bas yang menghala tempat sama. Bas yang bertembung ini betul2 berlaku dihadapan bas yang anak rakan sekerja nasterjah naik.
Kadang2 kita fikir, kita bawak hati2 tetapi ada pemandu lain menunjukkan hero masing2.
Inilah sikap rakyat Malaysia.
Banyak iklan menyuruh kita berhati2 di jalan raya tetapi masih diabaikan.
So, sesamalah kite memikirkan balik sape yang patut dipersalahkan dalam isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan