Hari ini nazterjah nak share sesuatu yang bagus untuk kita semua.
Apa yang nazterjah nak share ini adalah mengenai satu projek besar yang kerajaan buat iaitu Projek The Malaysian Cohort.
Projek ini adalah bertujuaan untuk mengkaji punca - punca penyakit. Sebagai contohnya ialah penyakit Kanser, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Peserta yang lingkungan 35 tahun hingga 65 tahun sahaja yang boleh menyertai projek ini.
Nazterjah pernah berkhidmat dengan Projek The Malaysian Cohort ini selama 3 tahun tetapi sekarang nazterjah beralih angin ke sektor swasta pula.
Atas pengalaman nazterjah yang pernah berkhidmat disitu, ia adalah langkah terbaik untuk membendung penyakit merbahaya ini seperti kanser dari melular.
Projek ini adalah usaha sama dengan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pihak Seketeriat UMBI dan juga tajaan MOSTI.
Ini adalah Video rasmi Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Projek ini, layari link ini :http://www.umbi.ukm.my/umbi/index.php?option=com_content&task=view&id=112&Itemid=53
Tiada ulasan:
Catat Ulasan