Alhamdulillah kenyang rasanya.
Cite Pasal puasa ni, makanan tentu macam2 korang makan bukan?
Ada yang makan nasi kerabu, nasi ambeng, nasi dagang, nasi ayam kukus dan macam2 lagi.
Klau dengar mesti dah terbayang bukan.
Tapi ada satu makanan susah nak dijumpa iaitu Botok - Botok.
Korang penah makan Botok - Botok?
Botok2 ni hanya di jual di sekitar Johor sahaja.
Satu bungkus RM5 sahaja.
Rasa Botok2 ni macam mane?
Peh, sedap klau peniaga 2 pandai buat.
Botok2 ni boleh di makan macam 2 saja xpon dimakan dengan nasi putih.
Dalam botok2 ni ada pelbagai jenis daun herba yang dicampur iaitu :
Daun belinjau
Daun buas-buas
Daun kesum
Daun kunyit
Daun mengkudu
Daun mengkudu belanda
Daun selasih
Daun semangkuk
Daun tenggek burung
Daun teh kampung
Daun ubi kayu
Banyak kan daun yang dicampur 2..
Sebab 2 aroma dia cukup sedap bila di bau.
Ok, nazterjah bagi tip sedikit bagaimana Botok2 ni di buat.
Ni Cara2 nya :
BOTOK-BOTOK TENGGIRI
Bahan-bahan
1 ekor ikan tenggiri (kira-kira 1 kg)
3 biji bawang besar, dikupas dan dihiris
9 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris
2 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris
3 cm x 2 cm halia, dikupas dan dihiris
3 cm x 2 cm kunyit, dikupas dan dihiris
3 batang serai, dihiris
125 ml air
6 1/2 sudu besar rempah kari ikan serbuk
450 gram kelapa parut yang dibuang kulit ari
3 sudu besar kerisik
1 1/2 sudu besar asam jawa, diramas dengan 125 ml air dan diperah airnya
Garam secukup rasa
Daun pisang, dipotong-potong sebesar
30 cm x 30 cm besar, dicuci dan dilayur
Daun pisang, dipotong-potong sebesar
30 cm x 5 cm, dicuci dan dilayur
Lidi pencungkil gigi
Herba dan daun kayu
(Pilih pucuk dan daun muda sahaja)
Daun belinjau
Daun buas-buas
Daun kesum
Daun kunyit
Daun mengkudu
Daun mengkudu belanda
Daun selasih
Daun semangkuk
Daun tenggek burung
Daun teh kampung
Daun ubi kayu
Caranya
1. Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.
2. Cuci dan siat-siat herba dan daun kayu. Ketepikan.
3. Bubuh bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, serai dan air ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
4. Masukkan rempah kari ikan dan kisar lagi sehingga rata. Tambah sedikit air jika perlu untuk menggerakkan mesin. Masukkan pula kelapa parut dan kisar lagi sehingga betul-betul halus. Tambah air jika perlu, tetapi jangan terlalu banyak kerana rempah botok-botok mestilah pekat. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.
5. Campurkan air asam jawa dan kerisik ke dalam bahan kisar dan perasakan dengan garam.
6. Masukkan ikan dan gaul rata-rata. Perap selama 15 minit.
7. Sementara itu didihkan air di dalam kukusan di atas api menggelegak.
Cara membungkus
1. Bubuh sedikit campuran daun dan herba, di atas sekeping daun pisang yang besar diikuti dengan sekeping ikan dengan rempahnya sekali, anggaran 1 sudu besar. Tambah sedikit lagi daun dan herba.
2. Bungkus dengan kemas, balut dengan kepingan daun pisang yang kecil dan semat dengan lidi pencungkil gigi.
3. Atur di dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 minit.
4. Angkat botok-botok dan hidang panas-panas dengan nasi putih.
Ikan kelisa, ikan betuk,
Buka puasa makan botok-botok.
Nota: Herba dan daun kayu yang disenaraikan di atas boleh dibeli di pasar Geylang Serai. Saya menggunakan semua herba dan daun tersebut kerana mahu mendapatkan kepelbagaian tekstur dan rasa, dan ehem... khasiat 'botoks'nya.
Anda boleh gunakan herba dan daun mengikut cita rasa sendiri dan tidak perlulah terlalu banyak. Tapi janganlah terlalu sikit... tak syok nanti rasanya.
Ok..Selamat mencuba...
6 ulasan:
suka botok-botok..
memng susah nk dpt slain di johor..
memang betul 2 arkzamdarkdeng...
2 makan orang lama..
dulu murah tapi sekarang makin mahal...
yang nazterjah tahu, area kg melayu majidee banyak ag dijual
abang lupa lg 1 daun la,,, daun sekentut.. ehhehe... cam yg ade kt bazar taman u 2,,,
hehee
2 yang selalu berlawan kentot 2..huuhuhhu
dkat bazar stadium larkin mmg de makcik sowg 2 jual hari2
tapi sedap x kat stadium larkin 2?
Orang larkin ke ni?
Catat Ulasan