Follower Nazterjah

11 Julai 2010

Home » Kerana Sotong bernama Paul

Kerana Sotong bernama Paul



Pengulas sukan British yang sebelum ini yakin Belanda akan menewaskan Sepanyol di perlawanan akhir Piala Dunia, berubah fikiran selepas Paul Si Sotong meramalkan Sepanyol bakal muncul juara, kata pengatur perlawanan, kelmarin.

Semua tekaan Paul yang membabitkan enam perlawanan setakat ini memang tepat dan tekaan itu dilakukan menerusi akuariumnya di barat Jerman. Paul diberikan dua kotak yang setiap satunya mengandungi bendera negara yang bertanding dan dia pasti memilih salah satu daripada kotak berkenaan.


Dalam satu acara yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Jerman kelmarin, sotong yang dilahirkan di England itu tidak membuang masa untuk memilih kotak yang mengandungi bendera Sepanyol untuk perlawanan akhir awal pagi esok.


Sebelum Paul membuat pilihan, Paddy Power berkata 54 peratus daripada pertaruhan memilih Belanda muncul juara tetapi sejak Paul melakukan pemilihan, 56 peratus pertaruhan kini memihak kepada Sepanyol.


“Ketika semakin ramai memilih Sepanyol, Belanda tetap lebih popular,” kata jurucakap itu.

“Tetapi sejak Paul membuat ramalan, Sepanyol sudah menguasai pertaruhan dan ia mengubah semua senario.” Begitupun, kesan yang ditimbulkan Paul itu tidak menjejaskan sebuah lagi syarikat pengatur perlawanan, William Hill yang berkata ada juga pihak yang enggan percaya kepada ramalan yang dibuat seekor sotong.


“Kami tidak akan mengubah apa-apa pertaruhan. Kami memang menerima sedikit penambahan ke atas taruhan membabitkan Sepanyol selepas Paul memilih negara itu tetapi ramai juga yang membuat keputusan sendiri dan tidak percaya dengan ramalan yang dibuat oleh sotong berkenaan,” kata jurucakap syarikat itu.
Nampaknya, ketaksuban manusia terhadap sotong ni semakin menjadi jadi.Subahanallah..
Ape dah jadi lah..

2 ulasan:

xazryx berkata...

mmg belanda boleh menang !

Nazterjah berkata...

ye ke belanda le menang??hahahah

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails