Follower Nazterjah

06 Mei 2010

Home » Percaturan Man Utd Silap

Percaturan Man Utd Silap


Manchester United yang cuma mempunyai peluang tipis mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini, perlu mendapatkan pemain baru bagi menggantikan pemain berusia untuk kembali mengukuhkan cengkaman terhadap trofi utama England.
United melangkah ke perlawanan terakhir dalam kempen mereka menentang Stoke City di tempat sendiri, Ahad ini, dengan harapan bakal berlaku kejutan saat akhir terhadap perebutan kedudukan tempat teratas yang kini dimiliki Chelsea, satu kedudukan tidak selesa buat kelab yang tidak biasa dengan kekalahan.
Skuad Alex Ferguson tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez, seperti biasa menunjukkan semangat cekal dalam usaha memburu rekod 19 gelaran liga.

Bagaimanapun, melainkan Wigan Athletic berjaya menampilkan kejutan terbesar dengan kemenangan di Chelsea, Ahad ini, United terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara dan menerima hakikat mereka bukan pasukan hebat musim ini.

Keputusan untuk menjual Ronaldo kepada Real Madrid dan merelakan Tevez menyertai Manchester City dan hanya membawa masuk pemain sayap Wigan, Antonio Valencia dan bintang yang semakin malap, Michael Owen kelihatan berisiko dan itulah yang berlaku.Malah kecederaan Owen kembali berulang dan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov turut mengalami masalah sama dengan persembahan kurang bermaya hujung minggu lalu ketika menang di Sunderland apabila digantikan pada separuh masa kedua.

4 ulasan:

Muhammad Safie berkata...

erm..xkisah ar..man utd tetap dalam hati

NaShInArOiNblOgGeR berkata...

jgn mara ye en shafie..heheh..sekadar hiburan je..

haikal berkata...

macester skuad terbaik tanpa striker penuh bergaya tuan alex tahun ni

NaShInArOiNblOgGeR berkata...

mane ade bergaya.tempang je tgk...

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails