Follower Nazterjah

01 April 2010

Home » Tips Membeli Laptop Yang Terbaik

Tips Membeli Laptop Yang Terbaik




Laptop/PC pada zaman sekarang semakin glamor dikalangan pelajar pelajar kolej atau ahli perniagaan. Di dunia serba moden dan penggunaan internet semakin meluas, masih ramai tidak mahir cara pembelian Laptop atau Dekstop PC yang sebenar. Nazterjah lihat, ramai yang beli mengikut citarasa sebagai contohnya melihat kecantikan laptop atau Dekstop, kecanggihan sistem itu dan harga yang agak murah. Malah ada yang tertipu ketika membeli laptaop atau dekstop tersebut. Ok nazterjah bagi beberapa tips cara untuk membeli laptop/dekstop.
  • Lihat Model/Jenama laptop tersebut.Kalau boleh cari jenama yang biasa didengar.
  • Tanyakan spec/sistem yang ada dalam laptop tersebut sebelum membelinya.
  • Tanya diri sendiri sama ada anda mahu beli laptop untuk ape? Buat kerja biasa atau untuk Gaming?
  • Jika anda sekadar buat kerja biasa tanpa menggunakan grafik yang tinggi, nazterjah cadangkan beli yang tanpa grafik. Ia murah sedikit tanpa grafik kad tersebut.
  • Untuk remaja yang suka main game yang grafik yang tinggi, belilah yang siap dengan grafik sebagai contohnya ATI Redeon atau Nvidia Gforce.
  • Jika anda sudah tahu spec yang sebenarnya atau apa yang anda inginkan, tanya berapa harganya pula.
  • Harga laptop yang tanpa grafik hanya sekadar rm2000 ke bawah dan manakala laptop yang mempunyai grafik harganya pula rm2200 keatas. Ia terpulang pada individu yang mempunyai bajet yang besar atau yang kecil.
  • Selepas sudah tahu berapa harga yang dapat, tanya penjual apa yang pakej beliau bagi sebagai contohnya Operation System(OS)(windows xp,windows Vista@windows 7, Software yang dibagi,Jika mahu upgrade, berapa kosnya ,RAM yang diberi, dan yang last sekali warranty laptop tersebut berapa lama.
  • Free Gift juga perlu ditanya apa yang penjual bagi.Jika sedikit tidak perlu diterima dahulu,bandingkan dengan kedai lain yang boleh dibagi.
  • Jika anda berpuas hati dan berbaloi harga yang ditawarkan,anda terima sahaja.
  • Jika segala program telah dimasukkan, periksa semula apa jurujual telah install ke dalam laptop anda.
  • Jika anda telah membuat upgrade RAM, semak saiz RAM yang telah dimasukkan tersebut. Hanya klik kanan>propeties>(gambar) anda akan nampak saiz RAM dan Sistem Operasi anda

  • JIka anda periksa semuanya memuaskan, barulah boleh membayar dengan betul.
Tips nazterjah bagi adalah pengalaman nazterjah ketika membeli laptop di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Ia sangat berguna tips ini jika anda tidak tahu selok belok ketika membeli laptop tersebut. Selamat mencuba ye..

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails