Follower Nazterjah

18 Mac 2010

Home » Mourinho Diejek?

Mourinho Diejek?




Jose Mourinho menjadi tonggak kemenangan 1-0 Inter Milan dalam kepulangannya ke Chelsea semalam apabila menerajui kelab Itali itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.
Jaringan Samuel Eto’o pada 12 minit sebelum masa penuh meleburkan rekod 21 perlawanan tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri dalam kancah Liga Juara-Juara. Eto'o juga menjaringkan gol kemenangan ketika Chelsea tumpas 2-1 di Stamford Bridge kepada Barcelona pada Februari 2006 sewaktu Mourinho menjadi jurulatih kelab Inggeris itu.
Penyerang Chelsea, Didier Drogba dibuang padang tiga minit sebelum tamat perlawanan kerana memijak kaki Thiago Motta selepas pemain tengah Inter itu bertembung dengannya dalam kotak penalti.
Penyokong yang memenuhi Stamford Bridge melaung-laungkan nama Mourinho yang kembali buat kali pertama sejak meninggalkan kelab itu pada 2007, namun Jose Mourinho diejek selepas tamat perlawanan.Namun ketika pemain simpanan Inter dan pegawai mereka menyerbu ke tepi padang untuk meraikan gol, Mourinho menyuruh pemainnya kembali beredar sebelum mengutip buku program perlawanan yang dilemparkan ke padang oleh peminat yang berang. Perlawanan semalam cukup menarik tetapi chelsea terpaksa lupakan hasrat untuk ke final pada tahun ini.

1 ulasan:

INDRA QIRANA berkata...

murinho memang the special one...jemputlah ke anfield he heee

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails