Follower Nazterjah

30 Mac 2010

Home » » Kemalangan Ngeri Di Taman Midah

Kemalangan Ngeri Di Taman Midah

Malang buat seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya apabila maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan di stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah di sini. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, mangsa Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, yang parah di keseluruhan kepala dan badannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.15 pagi semalam.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata lelaki itu mengisi minyak dilanggar sebuah kereta Hyundai Getz.


“Ketika itu mangsa baru sampai ke stesen minyak itu sebelum keluar daripada Proton Iswaranya.


“Siasatan awal mendapati Hyundai Getz itu dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun. Kenderaan itu terbabas selepas terbabit satu lagi kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.


“Namun, pemandu wanita itu hanya cedera ringan” katanya di sini, semalam

8 ulasan:

shafiq08 berkata...

ish.. ngeri gila la, tak sanggup nak tengok lagi..


http://belogbagus.blogspot.com/

NaShInArOiNblOgGeR berkata...

tau xpe...aq dah la kerap isi minyak kat situ.takut2...

mR.hoho berkata...

OMG!!!
angker sungguh

NaShInArOiNblOgGeR berkata...

nazterjah sudah remove video tersebut..maaf dari nazterjah..

no name berkata...

tlg sebarkan utk remove video berkenaan ke blog2 lain..plz

NaShInArOiNblOgGeR berkata...

le tau sape anda disana???nazterjah le membantu

ahPEKMC berkata...

Sapa2 nak tgk video nieh, leh tgk sinie..dasyat accident dia ahpek tgk..macam kat negara omputih..mabuk ke pompuan tuh..

Tgk sini [Accident at Taman Midah BHP Petrol Station!] :
http://www.youtube.com/watch?v=XhaAFzcgHDU

ahPEKMC berkata...

Al-Fatihah buat Mohd Yusri Abdul Wahab..Semoga arwah di tempatkan dalam golongan orang yang beriman..amin..

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails