Follower Nazterjah

05 Mac 2010

Home » » Justin Timberlake akan berlakon???

Justin Timberlake akan berlakon???


Penyanyi Justin Timberlake(gambar) turut diumum sebagai pelakon filem komedi terbitan Columbia Pictures, Bad Teacher. Lebih menarik dia akan berlakon bersama bekas kekasih, Cameron Diaz, Jason Segel dan Lucy Punch.

Ia, diumumkan Selasa lalu oleh Doug Belgrad dan Matt Tolmach, presiden-presiden Columbia Pictures menurut satu kenyataan yang dipanjangkan oleh pihak Colombia Pictures Malaysia kepada media di Malaysia.

Filem arahan Jake Kasdan itu ditulis oleh Lee Eisenberg dan Gene Stupnitsky itu akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Timberlake akan berlakon watak utama sebagai guru sementara di sebuah sekolah.

Timberlake telah menampilkan lakonan yang memberangsangkan dalam filem terdahulu dan pernah menang dua anugerah Emmy daripada lakonan dalam Saturday Night Live.

Antara filem yang menampilkan Timberlake ialah Alpha Dog, Black Snake Moan dan Southland Tales. Suaranya juga pernah digunakan dalam filem Shrek 3.

2 ulasan:

INDRA QIRANA berkata...

ohh nak berlakon dengan kekasih.... aku rasa filem tu akan gagal, sama macam era ben efleck ngan JLO...

NaShInArOiNblOgGeR berkata...

aku pon pk mcm 2 jgk...kite tgk dan lihat je la nnt ye

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails