Follower Nazterjah

28 Januari 2010

Home » » Remp-IT V3 Akan Gegarkan Pawagam??

Remp-IT V3 Akan Gegarkan Pawagam??


Satu Cerita yang meletopkan Pawagam iaitu REMP-IT V3 memaparkan kisah RUDY dan sahabatnya BRETT yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga SHAH dan LIZA yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan SHAH terdapat dadah yang baru diambil. RUDY, BRETT dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga RUDY dan BRETT mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur..
Di Kuala Lumpur, RUDY berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan RUDY dengan LAN RIBUT lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama WAN BLOST, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, RUDY telah tewas kerana GARING, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan SAM SENG dan tercedera. RUDY telah berkenalan dengan LISA, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara RUDY sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tontoni cerita ini di pawagam pada bulan 3 ini..

Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails