Follower Nazterjah

27 Januari 2010

Home » » Fahrin Serik Cinta Artis???

Fahrin Serik Cinta Artis???


SEKIAN lama berdiam diri, akhirnya pelakon kacak Fahrin Ahmad membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya, Linda Onn.


Biarpun pasangan yang pernah digandingkan menerusi program realiti Sehati Berdansa musim pertama dan kedua ini menafikan hubungan cinta mereka, tembelang mereka pecah selepas masing-masing membawa haluan sendiri. Lantaran itu, segala cerita yang selama ini menjadi rahsia antara mereka menjadi bahan berita di media massa.


Apa yang mengejutkan, Linda berani mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah bekas buah hatinya itu. Hingga laporan media terbaru yang memetik kenyataan Linda menerusi dua akhbar, menjadi kemuncak kesabaran Fahrin yang kemudian mengambil tindakan undang-undang.


Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, Fahrin mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan Linda terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar Linda tidak mengulangi perbuatan itu dan tuntutan ganti rugi. Dalam notis tuntutan itu, Fahrin memberi masa selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk mendapat maklum balas daripada Linda. Pendirian Fahrin kali ini sebenarnya bukan mahu mengheret Linda terus ke muka pengadilan sebaliknya masih memberi ruang pada penyampai radio popular itu untuk menyelesaikan kes antara mereka dengan baik mengikut tempoh notis tuntutan yang diberikan selama seminggu.


Pada sidang media yang diadakan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor kelmarin, Fahrin menyatakan kenyataan Linda dalam dua akhbar berkenaan memberi tekanan padanya dari aspek psikologi dan mencalar maruah.

SEKIAN lama berdiam diri, akhirnya pelakon kacak Fahrin Ahmad membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya, Linda Onn.


Biarpun pasangan yang pernah digandingkan menerusi program realiti Sehati Berdansa musim pertama dan kedua ini menafikan hubungan cinta mereka, tembelang mereka pecah selepas masing-masing membawa haluan sendiri. Lantaran itu, segala cerita yang selama ini menjadi rahsia antara mereka menjadi bahan berita di media massa.


Apa yang mengejutkan, Linda berani mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah bekas buah hatinya itu. Hingga laporan media terbaru yang memetik kenyataan Linda menerusi dua akhbar, menjadi kemuncak kesabaran Fahrin yang kemudian mengambil tindakan undang-undang.


Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, Fahrin mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan Linda terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar Linda tidak mengulangi perbuatan itu dan tuntutan ganti rugi. Dalam notis tuntutan itu, Fahrin memberi masa selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk mendapat maklum balas daripada Linda. Pendirian Fahrin kali ini sebenarnya bukan mahu mengheret Linda terus ke muka pengadilan sebaliknya masih memberi ruang pada penyampai radio popular itu untuk menyelesaikan kes antara mereka dengan baik mengikut tempoh notis tuntutan yang diberikan selama seminggu.






Tiada ulasan:

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails