Follower Nazterjah

Memaparkan catatan dengan label harian metro. Papar semua catatan

28 Januari 2010

Fouziah nangis

KERJASAMA antara pelakon jelita, Fouziah Gous dan Prof Madya A Razak Mohaideen bukanlah pertama kali.

Ini kerana boleh dikatakan Fouziah adalah 'bakat' ciptaan Razak apabila kebanyakan filem dilakonkannya diarah sutradara berpengalaman itu.

Cuma, bagi filem terbaru dibintangi gadis berusia 28 tahun ini agak mencabar wataknya. Menerusi filem 2 Hati 1 Jiwa yang menjengah pawagam hari ini, Fouziah digandingkan dengan Yasmin Hani sebagai kembar siam. Ia pastinya sangat mencabar.

Ini disebabkan dua pelakon ini bercantum kepala dan sebahagian badan. Justeru, sebagai manusia normal yang sihat, sudah tentu bukan mudah untuk merealisasikan watak itu. Apakah Fouziah dan Yasmin mampu menjayakan watak mereka dengan baik? Fouziah berkata kalau diingatkan pengalaman berlakon filem ini, terus-terang ia amat menyakitkan. Bukan apa, dia dan Yasmin Hani dikatakan terpaksa bersedia menahan dan menanggung sakit kerana bercantum kepala dan sebahagian badan.

"Bagi memastikan lakonan kami berkesan, saya dan Yasmin Hani perlu memakai kostum yang mencantumkan kepala dan sebahagian badan kami. "Jujurnya, saya akui ia amat menyakitkan, tetapi apa boleh buat kerana itu tanggungjawab kami sebagai pelakon.

"Lagipun, ini satu cabaran besar buat kami. Bahkan, kami harus menahan sakit kepala, pinggang dan tengkuk sepanjang hari penggambaran. "Pernah saya menangis teresak-esak di rumah kerana tidak tahan sakit dan berasa cukup tertekan. "Justeru, saya berharap penonton dapat menilai lakonan kami. Hanya itu saja yang mampu kami lakukan dan ia sudah dicuba sebaik mungkin. Secara tidak langsung, saya dapat merasai pengalaman menjadi orang kurang upaya (OKU)," katanya petah berbicara.

Diterbitkan Primeworks Studios Sdn Bhd dan Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd, filem 2 Hati 1 Jiwa ini mengisahkan pasangan kembar siam Lina dan Lana. Walaupun dilahirkan bercantum, tetapi perwatakan diri dua gadis manis itu sangat berbeza.

Lana lakonan Fouziah ialah adik kembar yang ceria dan berperangai keanak-anakan. Manakala, Lina pula bersikap matang. Apapun, menurut Fouziah, selama 25 hari penggambaran yang dijayakannya untuk 2 Hati 1 Jiwa nyata menuntut kesabaran.

Sementara itu, Yasmin Hani pula berkata bila teringat semula pengalaman berlakon bersama Fouziah sebagai kembar siam memang tercabar rasanya. "Bayangkan bagaimana sukarnya kami hendak menguruskan kehendak peribadi masing-masing.

"Contohnya, jika saya bercakap di telefon, Fouziah pula nak ke tandas. Apabila saya nak tidur, Fouziah pula menyanyi menghiburkan hatinya. Dalam soal ini, saya melihat sekiranya kami tidak bersefahaman pasti keadaan akan menjadi bertambah susah. "Saya dapat bayangkan betapa sukarnya menjadi pasangan kembar siam. Lebih-lebih lagi, ketika usia semakin ke alam dewasa kerana berbeza matlamat hidup, pendirian dan cita rasa. Tetapi, akibat badan yang tidak dipisahkan, mereka harus bersama," katanya.

27 Januari 2010

Fahrin Serik Cinta Artis???

SEKIAN lama berdiam diri, akhirnya pelakon kacak Fahrin Ahmad membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya, Linda Onn.

Biarpun pasangan yang pernah digandingkan menerusi program realiti Sehati Berdansa musim pertama dan kedua ini menafikan hubungan cinta mereka, tembelang mereka pecah selepas masing-masing membawa haluan sendiri. Lantaran itu, segala cerita yang selama ini menjadi rahsia antara mereka menjadi bahan berita di media massa.

Apa yang mengejutkan, Linda berani mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah bekas buah hatinya itu. Hingga laporan media terbaru yang memetik kenyataan Linda menerusi dua akhbar, menjadi kemuncak kesabaran Fahrin yang kemudian mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, Fahrin mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan Linda terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar Linda tidak mengulangi perbuatan itu dan tuntutan ganti rugi. Dalam notis tuntutan itu, Fahrin memberi masa selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk mendapat maklum balas daripada Linda. Pendirian Fahrin kali ini sebenarnya bukan mahu mengheret Linda terus ke muka pengadilan sebaliknya masih memberi ruang pada penyampai radio popular itu untuk menyelesaikan kes antara mereka dengan baik mengikut tempoh notis tuntutan yang diberikan selama seminggu.

Pada sidang media yang diadakan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor kelmarin, Fahrin menyatakan kenyataan Linda dalam dua akhbar berkenaan memberi tekanan padanya dari aspek psikologi dan mencalar maruah.

SEKIAN lama berdiam diri, akhirnya pelakon kacak Fahrin Ahmad membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya, Linda Onn.

Biarpun pasangan yang pernah digandingkan menerusi program realiti Sehati Berdansa musim pertama dan kedua ini menafikan hubungan cinta mereka, tembelang mereka pecah selepas masing-masing membawa haluan sendiri. Lantaran itu, segala cerita yang selama ini menjadi rahsia antara mereka menjadi bahan berita di media massa.

Apa yang mengejutkan, Linda berani mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah bekas buah hatinya itu. Hingga laporan media terbaru yang memetik kenyataan Linda menerusi dua akhbar, menjadi kemuncak kesabaran Fahrin yang kemudian mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, Fahrin mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan Linda terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar Linda tidak mengulangi perbuatan itu dan tuntutan ganti rugi. Dalam notis tuntutan itu, Fahrin memberi masa selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk mendapat maklum balas daripada Linda. Pendirian Fahrin kali ini sebenarnya bukan mahu mengheret Linda terus ke muka pengadilan sebaliknya masih memberi ruang pada penyampai radio popular itu untuk menyelesaikan kes antara mereka dengan baik mengikut tempoh notis tuntutan yang diberikan selama seminggu.

var linkwithin_site_id = 280750; Related Posts with Thumbnails